Saturday, March 17, 2012

CABARAN UNTUK MENGEKALKAN TAMADUN

Terdapat pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengekalkan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mengekang usaha untuk mengekalkan Tamadun Islam dan Asia. Antaranya faktor globalisasi dan pengaruh teknologi.
Globalisasi bermaksud dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada kesejagatan nilai-nilai kehidupan Barat yang mendukung kuat liberalisme, kapitalisme dan demokrasi Barat sendiri. Era globalisasi ini bermula sejak akhir abad ke-20. Aspek yag diglobalkan termasuk institusi sosial, bahasa, nilai, pandangan hidup, bahasa dan tradisi masyarakat Islam dan Asia.
Aspek-aspek ini diglobalkan bertujuan untuk menguasai pemikiran dan diri manusia masyarakat bukan Barat. Walaupun konsep globalisasi ini memberi peluang kepada setiap negara untuk maju dan kehadapan dalam dunia global tetapi impak yang amat buruk kepada sesetengah negara yang ingin membangun dimana kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau kemodenan negara ala barat dan natijahnya, ialah pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Era globalisasi bukan sahaja memberi impak yang besar dalam masyarakat Tamadun Islam dan Asia malah ia juga boleh memusnahkan sesebuah tamadun dalam negara. 
Hal ini kita dapat lihat pada waktu sekarang di mana ramai masyarakat mula mengikut cara hidup masyarakat di Barat. Antaranya, remaja Islam sekarang sudah mula bersekedudukan dengan pasangan yang bukan muhrim di mana mereka belum bernikah dan duduk serumah seperti pasangan suami isteri yang lain.
Kes buang anak yang semakin meningkat dan ketara di negara Malaysia apabila kebanyakan remaja Islam mulai hilang arah dan tamadun. Hal ini disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, ibu bapa tidak menitikberatkan keadaan anak- anak remaja mereka ketika berada di luar rumah. Ibi bapa sekarang terlalu teruja mengejar kemewahan dan pangkat sehingga melalaikan tanggungjawab mereka terhada anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlulah sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak mereka; apa yang mereka lakukan di luar rumah serta mengambil tahu ke mana arah tuju anak-anak mereka ketika mereka ingin keluar.

Apabila era globalisasi ini berkembang, maka ia turut mempengaruhi penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat. Melalui teknologi maklumat mereka menguasai masyarakat dunia, antaranya dari segi pemikiran dan budaya. Contohnya, hari Valentine Day dan mengenali bintang masing-masing seperti Leo, Cancer dan sebagainya. Pada masa sekarang, kita boleh melihat pelbagai teknologi telah dilancarkan dan digunakan oleh masyarakat terutamanya remaja. Antaranya, internet, ipad, telefon bimbit, dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.
Teknologi banyak memberi kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat satu dunia, di mana kita saling dapat berinteraksi dengan orang lain yang jauh dan dipisahkan oleh benua. Kita juga boleh memperolehi maklumat yang ingin diketahui dalam sekelip mata sahaja. Tetapi ramai masyarakat sekarang terutamanya remaja telah menyalahgunakan teknologi ini di mana mereka telah menggunakan teknologi yang sedia ada ke arah keburukan dan kegelapan. Hal ini menyebabkan tamadun yang sedia ada dan cuba untuk dikekalkan akan runtuh sedikit demi sedikit.
Contohnya, setiap orang sedia maklum bahawa internet mengandungi bahan yang baik dan tidak baik. Kalau seseorang menggunakan internet untuk mencari maklumat yang baik, baguslah. Tetapi ada sestengah orang membuka laman lucah atau pornografi untuk tontonan mereka. Hal ini akan menyebabkan pemikiran mereka mulai kotor dan tercemar dengan adegan atau cerita yang dipaparkan dalam internet.
 Selain itu, seseorang yang mahir dalam bidang teknologi akan cuba untuk menggodam sistem-sistem yang digunakan oleh masyarakat sekeliling. Malah, mereka juga cuba untuk memasuki sistem negara untuk menghancurkan dan menujukkan ketidak puasan hati mereka mengenai pemerintahan sekarang.
Justeru itu, masyarakat sekarang perlulah sedar akan kebaikan dan keburukan teknologi yang telah didatangkan dari negara Barat ke Malaysia hanya untuk memusnahkan tamadun yang telah sedia ada dan kekal selama ini. Jadi masyarakat malaysia perlulah menggunakan teknologi sedia ada dengan sebaik mungkin dan tidak akan menjejaskan tamadun.
Untuk bacaan tambahan sila klik link link dibawah..
Isu bayi luar nikah masalah bersama
Impak laman sosial
MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN
Punca Masalah Sosial di Malaysia


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertatasusila kita haruslah bersama-sama mengekalkan dan menambahbaik ketemadunan rakyat negara kita.. Jangan menunding jari kepada orang luar kerana kita adalah asas kepada keutuhan negara kita.. Segalanya bermula daripada institusi kekeluargaan, ibu bapa, anda adalah harapan nusa dan bangsa..

No comments:

Post a Comment