Friday, March 30, 2012

Earth Hour




Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca sekalian.. 

ALLAH menciptakan alam ini serba sempurna untuk manusia tinggal dan menjalani kehidupan. Lihatlah indahnya panorama alam dilengkapi gunung-ganang, sungai, laut, tanah, tumbuhan dan ternakan yang dapat memenuhi keperluan manusia sebagai tanda kebesaran-Nya. 
Ingatlah amaran Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Surah al-A’raf: 56).



Hari ni anda semua nak buat apa untuk mengisi masa lapang?? Kalau anda berniat nak tengok wayang pada pukul 830pm malam ni, batalkan niat anda itu.. Alasannya adalah kerana:
 Hari ini, Sabtu, 31 Mac 2012, satu kempen alam sekitar yang dipanggil Earth Hour akan disambut oleh seluruh manusia satu dunia. Kempen Earth Hour ini dijayakan dengan cara mematikan kesemua peralatan elektrik atau sumber elektrik tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit. Tujuan kempen yang dianjurkan oleh WWF ini adalah bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Bumi kita sekarang ni dah semakin teruk ‘dikerjakan’ oleh tangan-tangan manusia. Dengan kempen Earth Hour ini diharap dapat menyedarkan kita tentang perubahan iklim dunia yang berlaku sekarang. Sama-samalah kita berganding tenaga elektrik untuk menjayakan usaha ini..
Walaupun usaha ini nampak senang, namun impaknya amat besar untuk bumi yang kita sayang.. Bumi sudah berkorban sangat banyak untuk kita, sampailah masa untuk kita pula yang berkorban. Renung-renungkan dan selamat mencuba.. 
p/s: jangan cuba.. buat terus..Earth Hour diadakan setiap tahun pada hari sabtu terakhir dalam bulan MAC.




Info extra.. Sila klik Earth Hour




Saturday, March 24, 2012

Oh IBU



Ibu dan bapa, serta keluarga bimbinglah kami, dengan penuh kasih sayang...


Post kali ni adalah berkaitan dengan keruntuhan tamadun zaman sekarang ini, iaitu kes-kes buang ibu bapa yang semakin berluasa dari masa ke semasa. Ini bukanlah suatu perkara yang baik seperti membuang tebiat merokok dari hari ke hari.. Ini adalah sebuah kes yang berat malah DERHAKA seperti TANGGANG yang bertukar menjadi batu.. Mari kita baca kisah yang menyentuh hati dan perasaan ini dan nilailah diri anda berada di mana. 


Kisah seorang ibu tua yang lumpuh tinggal bersama anak lelakinya,menantu dan seorang cucu. Si anak lelaki in sangatlah mencintai si isteri. Dan si isteri pulak,sangatlah ‘queen control’.

Pada suatu hari,si isteri menyuruh suaminya membuang si ibu yang lumpuh itu jauh dari tempat yang mereka tinggal Kerana, tidak tahan di atas karenah si ibu mertua .baginya, umpama menanggung biawak hidup di atas kepala dengan keadaan ibu yang lumpuh,dan tidak mampu melakukan sebarang kerja. Kerana sayangkan isteri lebih dari ibu sendiri,si suami bersetuju dengan arahan ‘ veto’ itu.

Keesokan harinya,si suami mengalas bakul besar yang telah diisikan ibunya di dalam itu.

Lalu ,si ibu bertanya, “manja nak bawak mama pi mana ni?’’ .

Si anak menjawab : “mama ikut ja la”.

Si anak berjalan dan terus berjalan. Seboleh-bolehnya nak tauk ibunya di tempat yang jauh,supaya si ibu tidak tahu jalan pulang. Sesampai di sebuah hutan,si anak berhenti berjalan dan meneduh di bawah sepohon pokok rambutan. Dia berehat seketika. Dalam pada itu,Si anak mendongakkan kepala ke atas pokok rambutan tersebut,banyak buah rambutan yang sudah masak. Dipetiknya beberapa biji,lalu, dibubuh ke dalam poket. Si ibu hanya melihat kelakuan anaknya itu.
Beberapa minit kemudian,si anak tersebut menyambung perjalanan dengan mengalas ibu tua di bahunya. Tiba di satu kawasan yang sunyi,si anak menurunkan ibunya. Dia meletakkan beberapa salinan serta bekalan di samping ibunya.
Si ibu hanya melihat setiap gerak geri anaknya.

“Mak duk sini sat nah”. Si anak bersuara.

“Manja nak pi mana?” soal si ibu.

“Saya nak balik sat. Ada barang tertinggal “ si anak terus membohongi si ibu. Sedangkan dalam rancangannya dia akan pulang ke rumah dan tidak akan kembali kepada ibunya.

“Oh ya ka? . Tadi mama tengok manja kait buah mbutan,mana dia?”

“Ada dalam poket ni,nampak merah elok tadi,ingat nak bawak balik bagi kat anak kat rumah”.

“Hummm...alhamdulillah.anak mama ni ikot perangai mama sebijik. Mama dulu pun macamtu lah....pergi mana-mana,nampak benda sedap saja,nak bawa balik bagi manja merasa sama.macam tulah perasaan bila dah jadi mak bapak ni. Apa yang rasa sedap,nak dikongsi dengan anak-anak”


Tersentap jiwa si anak lelaki nih. Lantas digalas si ibu dan dibawa pulang semula.

THE END ♥

Haaaa...macam tu lah yang MAMA cerita kat i. Nak gelak pon ada. Duk terbayang gak....apala reaksi sang isteri di rumah,bila tengok-tengok laki dia duk angkut mak mentua bawak balik semula. Ok! Kisah ini tidak ada kena mengena antara hidup dan mati. Peace.



Cintailah kedua ibu bapa kita kerana mereka sanggup membuat apa sahaja untuk kita. Mereka sanggup melupakan cita-cita dan kehendak mereka hanya untuk memenuhi kehendak anak-anaknya.. Kita tidak akan merasa perasaan mereka sehinggalah kita menjadi IBU DAN BAPA.. 


Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka n(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".



p/s:
tak mahu share pasal kes buang-buang ibu bapa keranaa ianya membuatkan hati kita rasa sakit dan sedih. Tapi ingatlah kedua ibu bapa anda terutama saat-saat manis dan senyumlah. 
- sila call parents anda dan cakap mama ayah, SAYA SAYANG MAMA DAN AYAH. =)


Taken from: Aisyah Ariffin 

Friday, March 23, 2012

Ribuan Tentera Amerika Syarikat Bakal Tiba di Israel Minggu Ini


Selasa , 17/01/2012 - Menggunakan sebuah kapal terbang AS, 9,000 tentera AS termasuk juruterbang, pasukan pemintas peluru berpandu, marin, juruteknik dan pegawai-pegawai perisikan dijadualkan untuk tiba di Israel dalam beberapa minggu lagi. Kebanyakkannya akan kekal sehingga hujung tahun, sebagai sebahagian daripada kerahan ketententeraan AS-Israel dalam mempersiapkan persediaan penglibatan ketenteraan dengan Iran, bertujuan mempersiapkan barisan hadapan ketenteraan menghadapi Iran.
Tentera Udara AS ketiga, Lt. Jeneral Frank Gorenc memberi komen dalam lawatan beliau pada dua minggu lepas bahawa, tindakan yang bakal di ambil itu adalah lebih kepada persiapan, dari hanya sekadar latihan. Gabungan ketenteraan tersebut kini telah bersedia untuk menyerang pemasangan nuclear Iran dan sebarang kecemasan dalam pertempuran.
Selepas Tehran mengeluarkan buletin tentang latihan tentera laut Iran di Selat Hormuz dalam bulan Februari, Setiausaha Pertahanan AS Leon Panetta, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak, dan dua ketua ketenteraan, Jeneral AS Martin Dempsey dan Lt. Jeneral Benny Gantz telah memutuskan untuk mengumumkan kedatangan pasukan ketenteraan tersebut pada Khamis malam, 5 Januari.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Taken from Palestinkini

Tamadun Rom

Latar belakang tamadun:

1.     Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin
2.     Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah mandi awam dan istana.
3.     Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom
4.     80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.

 Pemerintahan dan pentadbiran:
1.     Bermula sistem beraja 773 sm. Secara mutlak ketrunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi msyk Latin tempatan. Menentang bersama bangsawan     ( Partrician ). Wujud Republik.
2.     Republik – tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi 2 org Konsul. Dilantik Senat utk tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan. Bantu Konsul.
3.     Sebelum ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor – pemerintah tentera.
4.     Bawah Senat – Dewan Perhimpunan – wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan utk kelulusan.
5.     Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat – Empayar . Takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. – Jadi Diktator.
6.     Kuasai tentera dan senat – guna gelaran Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.

Sistem Perundangan
1. Dalam tamadun awal, undang-undang yang digunakan adalah berbentuk undang-undang bertulis.
2. Undang-undang Rom yang pertama, iaitu Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang awal lahir pada Zaman Republik.
3. Maharaja Justiniantelah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut walaupun pada masa itu terdapat hakim-hakim yang mahir.
4. Usaha beliau ini telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527M.. Kod itu juga dikenali sebagai Undang-Undang Justinian dan inti pati undang-undang tersebut masih kekal sehingga kini.
Extra information:
MAHARAJA JUSTINIAN-Beliau telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru, iaitu empayar Byzantine dan menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M.. Beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran.
HUKUM KANUN 12- Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449S.M.. Undang-undang ini kekal selama 400 tahun.
UNDANG-UNDANG ROM- Undang-undang ini terdiri daripada tiga cabang:undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural. Prinsipnya ialah pertama, semua manusia sama di sisi undang-undang. Kedua, seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Ketiga, keadilan terhadap setiap individu. Akhirnya, hukuman berasaskan bukti yang cukup.



Perluasan Kuasa

1.     Mula 27sm pd zaman Augustus Caesar. Empayar berdasarkan Republik warisan. Lain sebelumnya.

2.     Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.

Gambar diatas: Patung Augustus Ceasar


Peningkatan sosial dalam pendidikan:

1.     Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.

2.     Peringkat awal banyak tiru Yunani.  Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.

3.Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga telah disumbangkan oleh tamadun Rom. Bagaimanapun,perkembangan itu bukan digerakkan oleh seorang tokoh secara langsung,contohnya Boethius,iaitu ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani,beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik,geometri dan astronomi

Seni bina 
1. Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.





2. Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian ,  Muatan 50 ribu – 80 ribu org.




Sahabat sampai ke syurga




          Setiap individu pastinya mempunyai sahabat baik tidak kira bangsa, agama, jantina dan umur. Namun harus kita kenali hati budi seseorang itu sebelum menggelarnya sebagai sahabat. Sahabat, kenalan dan kawan adalah tiga perkara yang berbeza.. Kenalan adalah orang yang kita hanya kenal nama dan latar belakang orang itu secara luaran. Kawan adalah rakan kita yang kita selalu bersama seperti bermain, belajar dan makan. Contoh adalah kawan kawan di dalam kelas. Kita mengenali mereka lebih dari seorang kenalan kerana kita tahu karenah dan ciri-ciri mereka. Manakala SAHABAT adalah seorang yang sangat rapat dengan kita. Sahabat amatlah susah untuk dicari terutama sekali sahabat sejati yang bersuka, berduka, sama-sama melakukan sesuatu perkara yang mustahil dan pelik dan paling penting memahami kita tanpa kita mengeluarkan sepatah perkataan terhadap apa yang kita rasa di lubuk hati kita.
         Entry kali ini adalah ingin mengajar bagaimana caranya untuk bersahabat sampai ke syurga. Sebelum itu, idea entry ini adalah cetusan daripada Majalah Gen-Q isu ke-8. Terdetik hati ini ingin mengulas topic persahabatan kerana banyak isu-isu dan masalh remaja sekarang berpunca daripada mengikuti “sahabat”. Tidak kiralah sahabat reality atau sahabat alam maya yang semakin bercambah dan bertambah masa kini. Sebagai contok kes yang terbaru adalah dimana seorang gadis sanggup emninggalkan rumah dan pergi ke rumah teman lelakinya. Ada juga kes dimana sekumpulan kanak-kanak mencuri di rumah orang yang balik bercuti. Dimanakah silapnya remaja dan kanak-kanak ini? Kemungkinan besar adalah PENGARUH SAHABAT mereka kerana saya yakin dan percaya perkara tersebut tidak diajar di sekolah dan apatah lagi oleh ibu bapa mereka di rumah.
        Biasanya kita akan mendengar orang berkata “Bercinta sampai ke syurga”. Jadi apa salahnya kalau kita nak kata “Bersahabat sampai ke syurga”?. Seperti yang kita tahu, jalan ke syurga adalah membawa maksud melakukan sesuatu perkara yang baik mengikut syariat Islam bagi yang beragama Islam dan konsep yang sama untuk agama yang lain. Kita dan sahabat kita haruslah bersama-sama melakukan kebaikan bersama-sama.  Berikut adalah beberapa tips untuk mendapat persahabatan yang boleh membawa ke syurga:

1.       Ikhlas dalam persahabatan
-          Lakukanlah sesuatu perkara dan pertolongan dengan seikhlas hati kita. Contohnya, apabila kita membantu sahabat kita, janganlah kita ungkit di hadapan orang lain ataupun memberitahu orang lain dengan perasaan riak. Biarlah kebaikan itu didengari daripada orang yang kita bantu iaitu sahabat kita sendiri.
-          Sesungguhnya, apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas kita akan mendapat pulangan yang lagi indah dari Allah.

2.       Tidak bersangka buruk dalam persahabatan
-          Sebuah persahabatan yang indah terjadi kerana kita sentiasa bersikap positif terhadap sahabat kita. Jauhilah prasangka buruk kerana sangkaan itu adalah dosa.
-          Elakkan mencari kesalahan sahabat kita dan jangan menyebarkan fitnah kepada orang lain.
-          Perasaan dengki dan iri hati adalah pembunuh utama dalam persahabatan. Jauhi dan hindarilah pembunuh bersiri tersebut.

3.       Saling menasihati dalam persahabatan
-          Berbuat baiklah dengan sahabat anda dengan sentiasa menasihati sesama sendiri. Kita hendaklah sentiasa membantu untuk menjadi yang terbaik untuk Allah dan bersama-sama mencari keredaan Allah.
-          Belajar untuk menerima teguran dan nasihat daripada sahabat anda. Nescaya anda akan berasa senang dan semakin yakin dengan tindakan anda.
-          Cubalah untuk berfikiran terbuka supaya kita mampu menerima teguran degna hati teruka dan boleh mempraktikkan kebaikan yang diberi.

4.       Sentiasa memaafkan dalam persahabatan
-          Adakalanya kita akan berasa berang dan marah terhadap tindakan dan perkataan yang dibicarakan oleh sahabat kita.Namun adalah penting untuk kita menahan amarah kita dan memaafkan sahabat kita. Mungkin dia tidak menyedari tindakannya itu mengundang marah dari kita.
-          Marah lah jika tidak tahan. Namun jangan dipendam dan berlanjutan terlalu lama. Nanti takut menjadi racun dalam persahabatan. Belajarlah untuk saling bermaafan dan menerima kekurangan rakan anda.

5.       Menjaga suara dalam persahabatan
-          Berbicara dengan nada yang sederhana dan rendah adalah penting supaya kita tidak membuatkan orang berasa jengkel dan tidak selesa bila berbicara dengan kita.
-          Belajar cara untuk berkomunikasi yang betul supaya kita mampu menarik rasa selesa berkawan terhadap orang lain. Bukan sahaja nada suara, isi tersurat dan tersirat percakapan kita harus juga tidak menyinggung perasaan pendengarnya.

6.       Amal makruf dalam persahabatan
-          Seeloknya, kita haruslah membawa sahabat kita membuat kebaikan dan beramal bersama-sama. Ini adalah kerana kita boleh saling menolong orang lain berbuat baik dan mengelak daripada mengajak membuat kejahatan.
-          Contohnya, kita boleh mengajak sahabat kita untuk mendirikan sembahyang dan menghadiri kuuliah agama bersama-sama. Tiada ruginya berkongsi ilmu agama, malahan kebaikan dan pahala yang kita dapat. Yang penting niat kita kenalah betul.
-          Berbuat amal di mampu mengeratkan persahabatan kita kerana kita akan bekerjasama dengan sahabat kita untuk mencapai misi kerja amal tersebut. Contohnya apabila kita beramal di rumah anak yatim. Kita dan sahabat kita akan bersama-sama melakukan tugasan seperti membersih kawasan rumah dan bermain dengan anak-anak yatim. Alangkah indah saat dan ketika itu jika dikongsi bersama.

7.       Jujur dalam persahabatan
-          Jujur adalah satu elemen penting dalam bersahabat. Sekali kita berlaku curang atau menipu dalam persahabatan, adalah amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan dari sahabat kita.
-          Jika kita tidak mampu untuk melakukan tugas yang diminta oleh sahabat kita, haruslah kita terangkan mengapa supaya kita boleh bersama-sama mencari penyelesaiannya. Janganlah menutupi kesalahan kita dengan menipu dan menipu. Satu penipuan akan menyebabkan banyak lagi penipuan berlaku.

Sebuah persahabatan yang terjalin dengan indah adalah apabila kita merasakan bahawa sahabat kita itu seperti adik beradik kita sendiri. Dimana kita boleh berkongsi perasaan, pendapat dan kebaikan bersama tanpa terjadinya perselisihan faham. Kekuatan sebuah persahabatan adalah dari hati dan KEJUJURAN diantara individu individu tersebut. Perasaan kasih dan sayang akan tersemai dan pastikan kita sentiasa bersikap positif.



Saturday, March 17, 2012

Small Kindness



Ramai yang tidak tahu dan kenal organisasi ini.. Small kindness ataupun dalam bahasa melayunya adalah kebaikan kebaikan kecil adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang telah diasaskan oleh Yusuf Islam pada tahun 2000. Yusuf Islam adalah lebih dikenali sebagai penyanyi popular iaitu Cat Steven sebelum beliau memeluk agama Islam.


Small Kindness adalah badan-badan amal yang pertama menawarkan sokongan praktikal kepada beribu-ribu pelarian yang terbiar semasa perang di Balkan. Hari ini Small Kindness , NGO gabungan PBB diseluruh dunia secara aktif membantu dalam beberapa krisis kemanusiaan terbesar yang dihadapi oleh dunia hari ini. Ianya adalah selaras dengan kerja bantuan kecemasan, kebajikan yang menumpukan sebahagian besar sumber kepada projek projek pembangunan mapan, inisiatif pendidikan dan penajaan anak yatim dan juga keluarga.

Objektif badan amal ini adalah untuk membanteras kemiskinan, penyakit dan kesusahan, perlindungan dan pemeliharaan kesihatan, keselamatan awam, kemajuan agama selaras dengan ajaran Islam. Ianya juga membiayai aktiviti amal dengan menjana pendapatan secara sukarela, terutamanya dalam bentuk derma. Keunikan atau kekuatan struktur ini adalah ianya berkesan untuk memastikan bahawa manfaat yang optimum daripada aktiviti derma yang deperolehi oleh waris.

Senarai bantuan dan kebaikan Small Kindness:

1) Abania
Small Kindness telah menubuhkan Dana anak-anak yatim & dana keluarga pada Jun 2000. Sejak dari penubuhannya, agensi ini telah membantu lebih 500 kanak- kanak dan keluarga di pelbagai daerah seperti di Kavaja, Albasan dan Librazhda. 


2) Biasiswa Program Pelajar Universiti
Melaui biasiswa ini, Small Kindness telah membantu ramai pelajar memasuki universiti dengan menyediakan wang untuk menampung yuran pengajian, buku teks dan perbelanjaan perjalanan dan penginapan.


3) Sokongan keluarga kepada mereka yang memerlukan
Kira-kira 70% pelarian Kosovo telah mendapat tempat tinggal dengan keluarga Albania. Projek ini menyediankan mereka dengan pendapatan tetap bulanan yang membolehkan mereka untuk mendapat tempat tinggal sementara, mebayar sewa dan membeli barang keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan. Beratus-ratus keluarga telah mendapat menfaat daripada projek ini.


4) Education Course
Ianya adalah latihan khusus dalam Teknologi Maklumat, Pengurusan, bahasa asing, Pemasaran, Kewangan dan Perakaunan yang membawa kepada kelayakan professional yang memenuhi piawai Eropah dan khas untuk pelajar perempuan. Ianya adalah untuk membolehkan pelajar mendapat pekerjaan. Small Kindness juga menyediakan biasiswa kepada pelajar pelajar ini.


5) Tsunami Indonesia
Semasa tsunami melanda Acheh, Indonesia, Yusuf Islam telah turun padang melihat keadaan di tempat tersebut. Beliau dan ahli ahli nya menjalankan khidmat masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa tsunami.




Facebook : (Small Kindness) sila lah like untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti organisasi ini.


"Salah satu masalah yang kita hadapi sebagai manusia adalah memenuhi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik daripada diri kita sendiri di atas planet ini semakin mengecut - tetapi bagaimana dan kepada siapa? Baik, malangnya jawapannya tidak pernah jauh. Melihat muka berlumuran darah dalam senario peperangan, gambar anak-anak yatim, rumah yg tak berumah dan tragedi yang menimpa dunia kita dengan ketepatan rivet, seperti siri TV yang tidak berkesudahan, sentiasa ada untuk memaklumkan kepada kami. "
-Yusuf Islam, Small Kindness-

Gambar diatas adalah semasa Yusuf Islam bermain dan memberi didikan kepada kanak-kanak .


Sila klik link di bawah untuk lebih mengenali Small Kindness:

CABARAN UNTUK MENGEKALKAN TAMADUN

Terdapat pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengekalkan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mengekang usaha untuk mengekalkan Tamadun Islam dan Asia. Antaranya faktor globalisasi dan pengaruh teknologi.
Globalisasi bermaksud dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada kesejagatan nilai-nilai kehidupan Barat yang mendukung kuat liberalisme, kapitalisme dan demokrasi Barat sendiri. Era globalisasi ini bermula sejak akhir abad ke-20. Aspek yag diglobalkan termasuk institusi sosial, bahasa, nilai, pandangan hidup, bahasa dan tradisi masyarakat Islam dan Asia.
Aspek-aspek ini diglobalkan bertujuan untuk menguasai pemikiran dan diri manusia masyarakat bukan Barat. Walaupun konsep globalisasi ini memberi peluang kepada setiap negara untuk maju dan kehadapan dalam dunia global tetapi impak yang amat buruk kepada sesetengah negara yang ingin membangun dimana kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau kemodenan negara ala barat dan natijahnya, ialah pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Era globalisasi bukan sahaja memberi impak yang besar dalam masyarakat Tamadun Islam dan Asia malah ia juga boleh memusnahkan sesebuah tamadun dalam negara. 
Hal ini kita dapat lihat pada waktu sekarang di mana ramai masyarakat mula mengikut cara hidup masyarakat di Barat. Antaranya, remaja Islam sekarang sudah mula bersekedudukan dengan pasangan yang bukan muhrim di mana mereka belum bernikah dan duduk serumah seperti pasangan suami isteri yang lain.
Kes buang anak yang semakin meningkat dan ketara di negara Malaysia apabila kebanyakan remaja Islam mulai hilang arah dan tamadun. Hal ini disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, ibu bapa tidak menitikberatkan keadaan anak- anak remaja mereka ketika berada di luar rumah. Ibi bapa sekarang terlalu teruja mengejar kemewahan dan pangkat sehingga melalaikan tanggungjawab mereka terhada anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlulah sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak mereka; apa yang mereka lakukan di luar rumah serta mengambil tahu ke mana arah tuju anak-anak mereka ketika mereka ingin keluar.

Apabila era globalisasi ini berkembang, maka ia turut mempengaruhi penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat. Melalui teknologi maklumat mereka menguasai masyarakat dunia, antaranya dari segi pemikiran dan budaya. Contohnya, hari Valentine Day dan mengenali bintang masing-masing seperti Leo, Cancer dan sebagainya. Pada masa sekarang, kita boleh melihat pelbagai teknologi telah dilancarkan dan digunakan oleh masyarakat terutamanya remaja. Antaranya, internet, ipad, telefon bimbit, dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.
Teknologi banyak memberi kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat satu dunia, di mana kita saling dapat berinteraksi dengan orang lain yang jauh dan dipisahkan oleh benua. Kita juga boleh memperolehi maklumat yang ingin diketahui dalam sekelip mata sahaja. Tetapi ramai masyarakat sekarang terutamanya remaja telah menyalahgunakan teknologi ini di mana mereka telah menggunakan teknologi yang sedia ada ke arah keburukan dan kegelapan. Hal ini menyebabkan tamadun yang sedia ada dan cuba untuk dikekalkan akan runtuh sedikit demi sedikit.
Contohnya, setiap orang sedia maklum bahawa internet mengandungi bahan yang baik dan tidak baik. Kalau seseorang menggunakan internet untuk mencari maklumat yang baik, baguslah. Tetapi ada sestengah orang membuka laman lucah atau pornografi untuk tontonan mereka. Hal ini akan menyebabkan pemikiran mereka mulai kotor dan tercemar dengan adegan atau cerita yang dipaparkan dalam internet.
 Selain itu, seseorang yang mahir dalam bidang teknologi akan cuba untuk menggodam sistem-sistem yang digunakan oleh masyarakat sekeliling. Malah, mereka juga cuba untuk memasuki sistem negara untuk menghancurkan dan menujukkan ketidak puasan hati mereka mengenai pemerintahan sekarang.
Justeru itu, masyarakat sekarang perlulah sedar akan kebaikan dan keburukan teknologi yang telah didatangkan dari negara Barat ke Malaysia hanya untuk memusnahkan tamadun yang telah sedia ada dan kekal selama ini. Jadi masyarakat malaysia perlulah menggunakan teknologi sedia ada dengan sebaik mungkin dan tidak akan menjejaskan tamadun.
Untuk bacaan tambahan sila klik link link dibawah..
Isu bayi luar nikah masalah bersama
Impak laman sosial
MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN
Punca Masalah Sosial di Malaysia


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertatasusila kita haruslah bersama-sama mengekalkan dan menambahbaik ketemadunan rakyat negara kita.. Jangan menunding jari kepada orang luar kerana kita adalah asas kepada keutuhan negara kita.. Segalanya bermula daripada institusi kekeluargaan, ibu bapa, anda adalah harapan nusa dan bangsa..

Friday, March 16, 2012

sambungan daripada ciri-ciri tamadun islam



·         Keamanan
 
Keamanan merupakan puncak daripada kehidupan yang dikuasai oleh undang-undang, peraturan, tatasusila dan kesopanan atau adab yang dikuatkuasakan oleh sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Terdapat sarjana Islam yang yang menggunakan terminology al adab atau peradaban untuk menggambarkan tentang kesejahteraan dan kebahagiaan di dalam tamadun Islam. Contohnya, Muhammad Uthman El Muhammaddy yang member judul bukunya Peradaban Dalam Islam untuk menggambarkan tentang kemurnian tamadun Islam yang penuh dengan kesopanan, ketertiban, budi bahasa dan tatasusila.



 
·         Kesenian
 
Kesenian yang halus dan tulen adalah juga merupakan salah satu ciri tamadun Islam. Kesenian yang paling agung ialah seni khat dan awan larat yang menghiasi bangunan-bangunan, kitab-kitab, alat-alat yang diperbuat daripada tembikar, barang-barang kemas, perhiasan yang diperbuat daripada ganding, kaca tenunan, wang syiling, lencana dan sebagainya.