Thursday, April 5, 2012

Krisis Syria..di manakah ketamadunan rejim basyar al-assad?


Krisis Syria..di manakah ketamadunan rejim basyar al-assad?

            Syria adalah sebuah negara Islam yang merdeka pada tahun 1945 dari penjajahan Perancis. Pemerintahan Syria diketuai sendiri oleh anak bangsa mereka sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad. Beliau telah memerintah Syria selama 32 tahun dan pemerintahan beliau diwarisi dan diturunkan kepada anaknya bernama Basyar Al-Assad sehingga kini. Basyar Al-Assad telah memerintah Syria selama 11 tahun.
Permerintahan Syria adalah lebih kepada bentuk pemerintahan diktator di mana semua rakyat haruslah akur dan turut pemerintah di atas semua arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah mereka. Dalam negara Syria, komposisi rakyat dalam negara mereka adalah: Syiah Alawiyah yang terdiri daripada 6%, 10% yang beragama Kristian, dan 84% rakyat Syria terdiri daripada Ahli Sunnah WalJamaah (ASWJ).
   Iran sendiri turut menyokong dan mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri. Pemerintah Lubnan iaitu Hizbullah turut menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Sehingga kini kedua-dua negara ini yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria. Hal ini berlaku kerana sifat mereka sendiri yang membenci Ahli Sunnah WalJamaah (ASWJ), menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
   Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
     Dalam lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal sehingga rumah dan masjid dirobohkan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat. Antara peristiwa yang paling menyayat hati dan menunjukkan kekejaman rejim Basyar apabila seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi remaja ini melawan. Akhirnya, dia dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak yang tidak berdosa turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong tubuh badannya.

DI MANAKAH SIFAT PERIKEMANUSIAAN tentera rejim Basyar sehingga sanggup mengorbankan nyawa yang tidak bersalah dan juga insan yang lemah terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita.
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan kerajaan yang tidak menyokong mereka akan hilang pekerjaan.
     Hampir 95% rakyat Syria menentang rejim Basyar walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi. Pejuang-pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap-siap dan berwuduk serta mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid.
      Kekejaman tentera rejim Basyar tidak hanya kepada rakyat Syria, malah bagi tentera rejim yang tidak mahu menjalankan tugasnya untuk menembak Ahli Sunnah WalJamaah (ASWJ). Sekiranya mereka tidak menembak atau membunuh ASWJ mereka pula yang akan dipenjara dan dibunuh. Hal ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah.
      Di dalam fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan dan mempertahankan diri mereka walau dengan sebilah pisau.

 Seandainya mereka terbunuh, mereka dihukum syahid dijalan Allah. Berdasarkan dalil hadis berikut:
 “Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Kesimpulannya, tidak semua tentera rejim Basyar mempunyai sifat yang jahil dan kejam pada rakyatnya. Masih ada sesetengah tentera rejim Basyar yang mempunyai sifat-sifat ketamadunan dalam diri mereka di mana mereka tidak sanggup melihat nyawa kanak-kanak serta wanita mengalir di bumi Syria. Malahan, mereka turut menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Gambar bagaimana rakyat delayan oleh pasukan keselamatan.