Friday, March 9, 2012

TAMADUN YANG TERTUA DI DUNIA

TAMADUN CHINA

Tamadun China Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia. Ia bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”.  


Latarbelakang Perkembangan Tamadun China 

Zaman Permulaan
Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.- Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini.- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. 
 
Zaman Pertengahan/keagungan
Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam Tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.

Zaman Peralihan 
 Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China. Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. Pada  abad ke-13,China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song dan sekali lagi China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15 yang diperintah oleh orang asing ( Orang Manchu ).

Zaman Moden 
Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China, ia bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina. Pada Tahun 1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu di mana Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation” dan China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal. 

SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH  

 Kepercayaan Masyarakat China  Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam. Masyarakat China lebih mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan   dan  berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze. 

Kosmologi Cina 

 a. Tian- Tian
 ~~ langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. 

b. Di/Ti 

~~ Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. 
 
c. Dao/Tao-
~~ Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang.  

d. Konsep Yin dan Yang-
~~ Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.- Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi. 
e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung 
~~ Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. 

 f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung 
~~ Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima. 

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA 

Confucious

 KONG FU TZE
 Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m. Beliau merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia. Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang.  

Taoisme/Daoisme 

  LAO TZE
Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”. Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian. Ia mendukung aspek dualisme dimana menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang.

  
Legalisme     


 HSUN TZU
 Dihasilkan oleh Hsun-Tzu. Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi ia merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat. Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. 

 Mo-Tzu 
 MO TZU
Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou. Beliau menekankan “universal love” dan persamaan taraf.-     Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan. Selain iu, beliau juga menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. 


SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA 
  
Sistem social masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan. Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ch’ing iaitu tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat. Perkara paling jelas dalam sistem sosial masyarakat Cina ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:

 a.   Hubungan antara suami dengan isteri.  
 b.   Hubungan bapa dengan anak
 c.   Hubungan adik beradik 
 d.   Hubungan pemerintah dan rakyat.     
 e.   Hubungan antara kawan-kawan 




ISLAM DI CHINA-    
 Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke
China pada abad ke-17. Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar. Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China. Mengikut catatan-catatan Tentang Islam di China terdapat   4 orang pendakwah yang datang di China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:

  1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
  2. Kai-su (Qais bin Hudhafah).
  3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
  4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith)
Pada tahun 1224, seorang Islam – Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan. Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai Gabenor WilayahYunnan. Syed Ali Akhbar pula telah mendiami Peking (Beijing)  sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh
China.

Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi 
a. Bidang Perubatan   
b. Bidang Astronomi dan Matematik
c. Bidang Ketenteraan-
d. Bidang Ilmu Pengetahuan
e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran- 
       
Kesimpulan
 Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam.

1 comment:

  1. New casino: the best casino, poker games and slots - DrMCD
    In a world of online gambling, casinos 정읍 출장마사지 are 삼척 출장마사지 widely considered to be the most accessible gambling experience 안양 출장마사지 in the world. But new 공주 출장마사지 players also find 천안 출장샵 a

    ReplyDelete