Krisis Syria..di manakah
ketamadunan rejim basyar al-assad?
Syria adalah sebuah negara Islam
yang merdeka pada tahun 1945 dari penjajahan Perancis. Pemerintahan Syria
diketuai sendiri oleh anak bangsa mereka sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad.
Beliau telah memerintah Syria selama 32 tahun dan pemerintahan beliau diwarisi
dan diturunkan kepada anaknya bernama Basyar Al-Assad sehingga kini. Basyar
Al-Assad telah memerintah Syria selama 11 tahun.
Permerintahan
Syria adalah lebih kepada bentuk pemerintahan diktator di mana semua rakyat
haruslah akur dan turut pemerintah di atas semua arahan yang dikeluarkan oleh
pemerintah mereka. Dalam negara Syria, komposisi rakyat dalam negara mereka
adalah: Syiah Alawiyah yang terdiri daripada 6%, 10% yang beragama Kristian,
dan 84% rakyat Syria terdiri daripada Ahli Sunnah WalJamaah (ASWJ).
Iran
sendiri turut menyokong dan mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan
Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri. Pemerintah Lubnan iaitu Hizbullah turut
menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Sehingga kini kedua-dua
negara ini yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria. Hal ini
berlaku kerana sifat mereka sendiri yang membenci Ahli Sunnah WalJamaah (ASWJ),
menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
Fakta
kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian
8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta
40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam
penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam
lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata
berat dan kereta kebal sehingga rumah dan masjid dirobohkan, wanita dibawa ke
tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami
mereka sambil diikat. Antara peristiwa yang paling menyayat hati dan
menunjukkan kekejaman rejim Basyar apabila seorang remaja perempuan di Homs,
bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi remaja
ini melawan. Akhirnya, dia dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya.
Ratusan kanak-kanak yang tidak berdosa turut dibunuh hingga ada yang
dipotong-potong tubuh badannya.
DI
MANAKAH SIFAT PERIKEMANUSIAAN tentera rejim Basyar sehingga sanggup
mengorbankan nyawa yang tidak bersalah dan juga insan yang lemah terutamanya
kepada kanak-kanak dan wanita.
Rejim
Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi
menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat
masih menyokong mereka. Kakitangan kerajaan yang tidak menyokong mereka akan
hilang pekerjaan.
Hampir
95% rakyat Syria menentang rejim Basyar walaupun mereka ditakut-takutkan dan
diugut sekiranya turun menyertai revolusi. Pejuang-pejuang yang terlibat dalam
revolusi akan bersiap-siap dan berwuduk serta mandi dengan wangian kerana
mereka bersedia untuk mati syahid.
Kekejaman
tentera rejim Basyar tidak hanya kepada rakyat Syria, malah bagi tentera rejim
yang tidak mahu menjalankan tugasnya untuk menembak Ahli Sunnah WalJamaah
(ASWJ). Sekiranya mereka tidak menembak atau membunuh ASWJ mereka pula yang
akan dipenjara dan dibunuh. Hal ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria
berpaling tadah.
Di
dalam fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera
menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan dan mempertahankan diri
mereka walau dengan sebilah pisau.
Seandainya mereka terbunuh, mereka dihukum
syahid dijalan Allah. Berdasarkan dalil hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya,
maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie
dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Kesimpulannya,
tidak semua tentera rejim Basyar mempunyai sifat yang jahil dan kejam pada
rakyatnya. Masih ada sesetengah tentera rejim Basyar yang mempunyai sifat-sifat
ketamadunan dalam diri mereka di mana mereka tidak sanggup melihat nyawa
kanak-kanak serta wanita mengalir di bumi Syria. Malahan, mereka turut
menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Gambar bagaimana rakyat delayan oleh pasukan keselamatan.
No comments:
Post a Comment