Monday, March 12, 2012

Sambungan Peranan Islam Dalam Alam Melayu

Faktor Pemangkin Islamisasi Di Tanah Melayu/ Alam Melayu

  1. Keunggulan & Kemurniaan Islam
  • Islam merupakan agama yang mudah untuk difahami dan tidak komplek berbanding agama lain sebagai contoh konsep keesaan Tuhan ( ALLAH SWT )
  • Menekankan kesamarataan dimana semua manusia adalah sama kecuali Taqwa, tiada sistem kasta
  • Bersifat rasional dan praktikal dalam bidang samaada politik, ekonomi mahupun sosial
  • Mengutamakan akhlak & kehalusan budi sebagai contoh bersifat adil & tolong-menolong

     2.  Pengislaman Raja-raja / Pemerintah
  • Konsep pendewaan terhadap pemerintah dari doktrin dewaraja yang dibawa oleh agama Hindu - konsep daulat dan derhaka tertanam dalam jiwa. apabila pemerintah atau raja memeluk Islam rakyat turut mengikuti
  • Ini dilihat dengan pengislaman rakyat di Melaka, Kedah dan Patani. Sejarah Melayu mengesahkan bila Raja Kecil Besar Islam pembesar dan rakyatnya turut memeluk Islam. Di lihat melalui cerita Hikayat Merong Mahawangsa pengislaman Kedah. 
          ( Klik Link Ini : cerita )

     3.  Perkahwinan
  • Dalam menunggu angin berbulan lamanya, terdapat di kalangan pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Untuk itu sebelum berkahwin, wanita tersebut telah diislamkan terlebih dahulu. ini mudah kerana pedagang2 tersebut merupakan orang kaya dan serng dikagumi oleh penduduk tempatan
  • Terdapat juga perkahwinan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai
Rombongan Megat Iskandar meminang Puteri Pasai

Istana Melaka
  • Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

     4.  Hubungan Diplomatik
  • Menurut teori, Islam ke Alam Melayu dari China, berdasarkan catan sejarah padaa abad ke 15M. Melaka telah membuat hubungan diplomatikdengan China pada 1404. Pada tahun2 berikutnya Melaka telah menerima beberapa utusan dan begitu sebaliknyya. Melaka jalinkan hubungan baik dengan China untuk melindungi dari ancaman siam.
  • dasar perlindungan China terhadap negeri2 di Alam Melayu bertujun politik dan menyebarkan Islam. Ini secara tidak langsung mengembangkan dakwah Islam. Perlindungan terhadap Melaka memberi impak yang sama terhadap negeri2 Kepulauan  Melayu yang lain seperti Kedah, Johor Kampar dan lain2.
     5.  Perdagangan 
  • Pada peringkat awal Pedagang Arab berdagang ke China, mereka terpaksa singgah ke Alam MElayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke China atau pulang ke Arab. Di sini terbuka peluang luas untuk orang Arab bergaul dan justeru berdakwah kepada penduduk tempatan.
Pelabuhan Melaka Yang Memenuhi Kehendak Pedagang Untuk Berlabuh
  • Selain itu, peranan pegawai perdagangan dalam negeri Islam di ALam Melayu seperti peranan Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang masuk Islam. Pedagang yang berdagang di Melaka biasanya dapat layanan istimewa dari Syahbandar ini. justeru itu untuk mendapatkan layanan istimewa ini, ramai pedagang dari Kepulauan Melayu seperti Brunei, Ternate, Jawa & Sulawesi memeluk Islam.
Syahbandar dan Penduduk Tempatan Yang Melayani Pedagang




Pengaruh Dan Kesan Tamadun Islam Dalam Tamadun Melayu


        Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah beri pengaruh yang besar. 
Prof. S.M. Naquib al-Attas :

       Islam telah membawa 'zaman baru' di Nusantara, berjaya mengubah "jiwa dan wajah Alam Melayu.

Aspek Perubahan :
  1. Agama / Kepercayaan
  • Islam telah hapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Budha-Hyang
  • Agama Islam sebagai agama rasmi
  • Golongan yang memainkan peranan ialah Ahli Sufi dan Para Mubaligh
  • Kekuatan pegaman agama telah timbulkan semangat jihad menentang penjajah

     2.  Sosial dan Budaya
  • Berlaku Asimilasi antara jurang Islam dan budaya setempat diamana ianya berlaku secara beransur-ansur tanpa penentangan terbuka.
  • Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi Alam Melayu. Kepercayaan tergadap kekuasaan ALLAH SWT telah memberi setiap induvidu harga diri kerana tiadanya perbezaan antara sesama manusia di sisi ALLAH SWT kecuali taqwa.
  • Pengaruh akidah, syariah & akhlak memberi kesan dalam kehidupan masyarakat tempatan dalam menjalani kehidupan yang lebih harmoni.

      3.  Ekonomi

No comments:

Post a Comment