Setiap individu pastinya mempunyai sahabat baik tidak kira
bangsa, agama, jantina dan umur. Namun harus kita kenali hati budi seseorang
itu sebelum menggelarnya sebagai sahabat. Sahabat, kenalan dan kawan adalah
tiga perkara yang berbeza.. Kenalan adalah orang yang kita hanya kenal nama dan
latar belakang orang itu secara luaran. Kawan adalah rakan kita yang kita
selalu bersama seperti bermain, belajar dan makan. Contoh adalah kawan kawan di
dalam kelas. Kita mengenali mereka lebih dari seorang kenalan kerana kita tahu
karenah dan ciri-ciri mereka. Manakala SAHABAT adalah seorang yang sangat rapat
dengan kita. Sahabat amatlah susah untuk dicari terutama sekali sahabat sejati
yang bersuka, berduka, sama-sama melakukan sesuatu perkara yang mustahil dan pelik
dan paling penting memahami kita tanpa kita mengeluarkan sepatah perkataan
terhadap apa yang kita rasa di lubuk hati kita.
Entry kali ini adalah ingin mengajar bagaimana caranya untuk
bersahabat sampai ke syurga. Sebelum itu, idea entry ini adalah cetusan
daripada Majalah Gen-Q isu ke-8. Terdetik hati ini ingin mengulas topic
persahabatan kerana banyak isu-isu dan masalh remaja sekarang berpunca daripada
mengikuti “sahabat”. Tidak kiralah sahabat reality atau sahabat alam maya yang
semakin bercambah dan bertambah masa kini. Sebagai contok kes yang terbaru
adalah dimana seorang gadis sanggup emninggalkan rumah dan pergi ke rumah teman
lelakinya. Ada juga kes dimana sekumpulan kanak-kanak mencuri di rumah orang
yang balik bercuti. Dimanakah silapnya remaja dan kanak-kanak ini? Kemungkinan
besar adalah PENGARUH SAHABAT mereka kerana saya yakin dan percaya perkara
tersebut tidak diajar di sekolah dan apatah lagi oleh ibu bapa mereka di rumah.
Biasanya kita akan mendengar orang berkata “Bercinta sampai
ke syurga”. Jadi apa salahnya kalau kita nak kata “Bersahabat sampai ke syurga”?.
Seperti yang kita tahu, jalan ke syurga adalah membawa maksud melakukan sesuatu
perkara yang baik mengikut syariat Islam bagi yang beragama Islam dan konsep
yang sama untuk agama yang lain. Kita dan sahabat kita haruslah bersama-sama
melakukan kebaikan bersama-sama. Berikut
adalah beberapa tips untuk mendapat persahabatan yang boleh membawa ke syurga:
1.
Ikhlas dalam persahabatan
-
Lakukanlah sesuatu perkara dan pertolongan
dengan seikhlas hati kita. Contohnya, apabila kita membantu sahabat kita,
janganlah kita ungkit di hadapan orang lain ataupun memberitahu orang lain
dengan perasaan riak. Biarlah kebaikan itu didengari daripada orang yang kita bantu
iaitu sahabat kita sendiri.
-
Sesungguhnya, apabila kita melakukan sesuatu
perkara dengan ikhlas kita akan mendapat pulangan yang lagi indah dari Allah.
2.
Tidak bersangka buruk dalam persahabatan
-
Sebuah persahabatan yang indah terjadi kerana
kita sentiasa bersikap positif terhadap sahabat kita. Jauhilah prasangka buruk
kerana sangkaan itu adalah dosa.
-
Elakkan mencari kesalahan sahabat kita dan
jangan menyebarkan fitnah kepada orang lain.
-
Perasaan dengki dan iri hati adalah pembunuh
utama dalam persahabatan. Jauhi dan hindarilah pembunuh bersiri tersebut.
3.
Saling menasihati dalam persahabatan
-
Berbuat baiklah dengan sahabat anda dengan
sentiasa menasihati sesama sendiri. Kita hendaklah sentiasa membantu untuk menjadi
yang terbaik untuk Allah dan bersama-sama mencari keredaan Allah.
-
Belajar untuk menerima teguran dan nasihat
daripada sahabat anda. Nescaya anda akan berasa senang dan semakin yakin dengan
tindakan anda.
-
Cubalah untuk berfikiran terbuka supaya kita
mampu menerima teguran degna hati teruka dan boleh mempraktikkan kebaikan yang
diberi.
4.
Sentiasa memaafkan dalam persahabatan
-
Adakalanya kita akan berasa berang dan marah
terhadap tindakan dan perkataan yang dibicarakan oleh sahabat kita.Namun adalah
penting untuk kita menahan amarah kita dan memaafkan sahabat kita. Mungkin dia
tidak menyedari tindakannya itu mengundang marah dari kita.
-
Marah lah jika tidak tahan. Namun jangan
dipendam dan berlanjutan terlalu lama. Nanti takut menjadi racun dalam persahabatan.
Belajarlah untuk saling bermaafan dan menerima kekurangan rakan anda.
5.
Menjaga suara dalam persahabatan
-
Berbicara dengan nada yang sederhana dan rendah
adalah penting supaya kita tidak membuatkan orang berasa jengkel dan tidak
selesa bila berbicara dengan kita.
-
Belajar cara untuk berkomunikasi yang betul
supaya kita mampu menarik rasa selesa berkawan terhadap orang lain. Bukan
sahaja nada suara, isi tersurat dan tersirat percakapan kita harus juga tidak
menyinggung perasaan pendengarnya.
6.
Amal makruf dalam persahabatan
-
Seeloknya, kita haruslah membawa sahabat kita
membuat kebaikan dan beramal bersama-sama. Ini adalah kerana kita boleh saling
menolong orang lain berbuat baik dan mengelak daripada mengajak membuat
kejahatan.
-
Contohnya, kita boleh mengajak sahabat kita
untuk mendirikan sembahyang dan menghadiri kuuliah agama bersama-sama. Tiada
ruginya berkongsi ilmu agama, malahan kebaikan dan pahala yang kita dapat. Yang
penting niat kita kenalah betul.
-
Berbuat amal di mampu mengeratkan persahabatan
kita kerana kita akan bekerjasama dengan sahabat kita untuk mencapai misi kerja
amal tersebut. Contohnya apabila kita beramal di rumah anak yatim. Kita dan
sahabat kita akan bersama-sama melakukan tugasan seperti membersih kawasan
rumah dan bermain dengan anak-anak yatim. Alangkah indah saat dan ketika itu
jika dikongsi bersama.
7.
Jujur dalam persahabatan
-
Jujur adalah satu elemen penting dalam
bersahabat. Sekali kita berlaku curang atau menipu dalam persahabatan, adalah
amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan dari sahabat kita.
-
Jika kita tidak mampu untuk melakukan tugas yang
diminta oleh sahabat kita, haruslah kita terangkan mengapa supaya kita boleh
bersama-sama mencari penyelesaiannya. Janganlah menutupi kesalahan kita dengan
menipu dan menipu. Satu penipuan akan menyebabkan banyak lagi penipuan berlaku.
Sebuah persahabatan yang terjalin dengan indah adalah
apabila kita merasakan bahawa sahabat kita itu seperti adik beradik kita
sendiri. Dimana kita boleh berkongsi perasaan, pendapat dan kebaikan bersama
tanpa terjadinya perselisihan faham. Kekuatan sebuah persahabatan adalah dari
hati dan KEJUJURAN diantara individu individu tersebut. Perasaan kasih dan sayang
akan tersemai dan pastikan kita sentiasa bersikap positif.
No comments:
Post a Comment