·
Keamanan
Keamanan
merupakan puncak daripada kehidupan yang dikuasai oleh undang-undang,
peraturan, tatasusila dan kesopanan atau adab yang dikuatkuasakan oleh sebuah
pemerintahan yang adil dan saksama. Terdapat sarjana Islam yang yang
menggunakan terminology al adab atau
peradaban untuk menggambarkan tentang kesejahteraan dan kebahagiaan di dalam
tamadun Islam. Contohnya, Muhammad Uthman
El Muhammaddy yang member judul bukunya Peradaban
Dalam Islam untuk menggambarkan tentang kemurnian tamadun Islam yang penuh
dengan kesopanan, ketertiban, budi bahasa dan tatasusila.
·
Kesenian
Kesenian
yang halus dan tulen adalah juga merupakan salah satu ciri tamadun Islam.
Kesenian yang paling agung ialah seni khat dan awan larat yang menghiasi
bangunan-bangunan, kitab-kitab, alat-alat yang diperbuat daripada tembikar,
barang-barang kemas, perhiasan yang diperbuat daripada ganding, kaca tenunan,
wang syiling, lencana dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment