Friday, March 16, 2012

TAMADUN ISLAM


Ciri-ciri Tamadun Islam
Diantara ciri-ciri tamadun Islam adalah seperti kota raya, penduduk yang ramai, seni bina, sains dan ilmu pengetahuan, keamanan, dan kesenian.

 Kota Raya
 
Kota raya menjadi ciri-ciri utama tamadun Islam, sebagai buktinya ialah Madinah. Madinah merupakan Negara dan kota raya pertama Islam yang diasaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Beberapa sarjana Islam menggunakan terminology al Madinah untuk menggambarkan tentang tamadun Islam. Diantaranya ialah Muhammad Farid Wajdi di dalam kitabnya berjudul al Madaniah wa al Islam (1899) (Tamadun Islam) dan Syeikh Muhammad Abduh di dalam risalahnya al Islam wa an Nasraniah wa al ‘Ilm wa al Madaniah (Islam dan Kristian Dalam Bidang Bidang Sains Dan Tamadun).


Penduduk yang Ramai
 
Sesuatu tamadun itu tidak mungkin lahir tanpa kewujudan penduduk yang ramai, kerana itulah Ibnu Khaldun menggunakan istilah al hadharah untuk menggambarkan tentang pengertian tamadun yang membawa maksud kehadiran penduduk yang ramai.



    Seni Bina
 
Seni bina merupakan ciri tamadun Islam yang penting. Seni bina merupakan kayu ukur yang menetukan ketinggian sesuatu tamadun sama ada sebelum atau selepas Islam. Terdapat sarjana Islam yang menggunakan istilah al bunyan yang membawa maksud bangunan yang tersergam indah dan banyak atau seni bina untuk menggambarkan tentang tamadun Islam. Taj Mahal di India misalnya, menjadi saksi nyata tentang keagungan dan ketinggian pencapaian tamadun Islam, sehingga diiktiraf oleh dunia sebagai salah satu benda ajaib di atas muka bumi ini pada masa kini.




Sains dan ilmu Pengetahuan
 
Melalui sains dan teknologi, tamadun Islam dapat berkembang dengan pesat berdasarkan dengan kajian-kajian yang dibuat dalam bidang sains dan teknologi ini. Manakala ilmu pengetahuan merupakan elemen terpentting yang menjadi pemangkin kepada kegiatan manusia dalam membuat kajian khususnya dalam bidang sains, membuat penelitian dan juga penemuan baru di samping penghasilan produk-produk baru untuk kegunaan manusia. Pencapaian ini merupakan kemuncak kejayaan akal manusia untuk membentuk sebuah tamadun Islam yang tinggi setanding dengan tamadun-tamadun yang lain seperti tamadun Rom, Parsi dan sebagainya.








·     














No comments:

Post a Comment