Sunday, March 11, 2012

Peranan Islam Dalam Pembinaan Tamadun Melayu MalaySia



Peta Nusantara


Konsep Tamadun Melayu


Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas  sebagai kumpulan orang2 Melayu da bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai sebagai Gugusan Kepulauan Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.


Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan :

  • Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu
  • tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia, bersama2 suku Jawa, Sunda, Madura< aceh, Minangkabau, Bajau, Bugis dan sebagainya
Kedatangan Islam Dan Pengaruhnye Ke Atas Tamadun Melayu/
Alam Melayu



  1. Teori Dari India
  • Dikemukaka oleh Snouck Hurgronje : "....Seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itula yang memasukka Islam ke wilayah Nusantara."
  • Alasan dalam kukuhkan teori ini :
    1. batu2 nisan awal yang dijumpai di Alam Melayu telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat.
    1. Catatan Marco Polo dan Ibn Batutah yang pernah melawat Alam Melayu sekitar abad ke - 13 dan 14M
    2. Terjumpanya makam Sultan Malik al-Salleh, pemerintah Pasai yang disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah I di Kepulaun Melayu (kukuhkan teori Islam hanya tersebar sekitar abd 13M)  
Makam Sultan Malik al-Salleh, pemerintah Pasai

   2.   Teori Dari Cina
  • Prof S. Q. Fatimi - perpidahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876 ( atau 878 ) akibat pemberontakan yang berlaku hingga korbankan 100,000 - 150,000 orang Islam lalu pergi ke Alam Melayu, antaranya menurut S. Naquib ke Kedah dan Palembang. Selain itu ke Champa, Brunie, pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu, dan Pahang) dan Jwa Timur.
  • Bukti dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar, Kedah, Batu bersurat Phan-rang di kemboja, batu nisan Pahang dan batu bersurat Terengganu 1303M. Pengaruh China ini dibuktikan dengan bentuk di masjid Melaka dan Jawa seperti Pagoda.
Batu Bersurat Terengganu

    3.  Teori Dari Tanah Arab
  • Terdapat sokongan ramai :
  • Perdagang Arab yang berdagang di Alam Melayu sebelum Islam lagi. Bila mereka dah peluk Islam maka bermulalah pertapakan Islam di Alam Melayu. sebahagian besar pedagang dari Yaman, Hadramaut & Oman. Pengislaman Yaman atas usaha Ali Bin Abi TAlib mempunya implikasi terhadap pengislaman Alam Melayu lantaran merekala yang menyebarkan islam ketika singgah di Alam Melayu.
  • Bukti catatan sejarah pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah. Contohnya Maharaja Drebar II yang perintah kedah pada 1136M telah memeluk Islam dari S. Abdullah bin S. Ahmad dari Yaman dengan memakai nama baru Sultan Muzafar Shah. Parameswara pula memeluk Islam dari Sheikh Abdul Aziz dari Jeddah dan tukar nama kepada Sultan Muhammad Shah.
S. Abdullah bin S. Ahmad dari Yaman dengan memakai nama baru Sultan Muzafar Shah.

  • Terdapat di Alam Melayu keturunan Arab seperti Syed dan Syarifah.
  • pengaruh Timur Tengah dalam bacaan al-Qur'an
  • penggunaan tulisan jawi yang meluas. Huruf jawi sama dengan huruf Arab cuma berlaku penambahan seperti gha & cha dll pengaruh dari Parsi.
Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Penulisan Karya

   

No comments:

Post a Comment